Semuanya tergendala
pabila
Gegaran sehebat
9.0 skala Richter
disambut
Ombak tsunami
melanda Jepun
Tanpa diduga,
tanpa sesiapa menyangka
Musibahnya
Menjejas Seluruh Dunia
Krisis nuklear Jepun
amat membimbangkan
Kereta, Minyak, Pasaran Saham
Malangnya,
Menjadi Perhatian Utama Manusia
Resah Dan Kesedihan
menyelubungi jiwa rakyat Jepun
namun
persoalan utama
berapa ramaikah akan insaf
Setelah bencana meragut nyawa?
Wahai Insan
Masih belum terlambat
Untuk Kita memeluk tiang agama
Kerna Itulah
kebenaran yang sebenar
Kerna
Akan Dia timpakan malapetaka
Akan Dia datangkan musibah
Satu
Persatu
Agar setiap insan
Sentiasa Insaf
Melaksanakan apa yang telah diperintah
Menjauhkan diri daripada laranganNya
Wahai Insan
Kadangkala Pelbagai Ujian persediaan
tidak boleh melawani
Suratan Takdir Tuhan