Tuesday, March 20, 2012

Monolog: Motivasi Diri

Hentikan!

Cacianmu

Hinaanmu

Sindiranmu


Kata-katamu

Menusuk kalbu

Merosakkan pemikiran

Meragut nyawa


LAYAKkah engkau

Berceramah, berpidato, berdebat, berucap

Walaupun berpengalaman?


Salahkah aku

Berpihak kepada yang benar,

Sedangkan engkau juga

beragama Islam?


Sesungguhnya Wahai sahabatku,

Hilanglah perasaan

Hormat dan kasih sayang

Hanya Kasihan meliputi segala-galanya


Mungkin ia

Membuat engkau rasa

megah, bangga, termasyhur

Tapi…sayang sekali

Hanya seketika


Masuk telinga kanan

Keluar telinga kiri


Akan kubangkit semula

Untuk,

Merealisasikan impianku,

Menegakkan pendirianku,

Mempertahankan hakku


Kerna ia bukan hidupmu,

tapi hidupku.

Kerna Takdir bukan di tanganmu,

Tapi di tangan yang Esa.


21 Mac 2012

12.39am

Sunday, March 20, 2011

Peringatan Tuhan



Semuanya tergendala

pabila

Gegaran sehebat

9.0 skala Richter

disambut

Ombak tsunami

melanda Jepun

Tanpa diduga,

tanpa sesiapa menyangka


Musibahnya

Menjejas Seluruh Dunia

Krisis nuklear Jepun

amat membimbangkan

Kereta, Minyak, Pasaran Saham

Malangnya,

Menjadi Perhatian Utama Manusia


Resah Dan Kesedihan

menyelubungi jiwa rakyat Jepun

namun

persoalan utama

berapa ramaikah akan insaf

Setelah bencana meragut nyawa?


Wahai Insan

Masih belum terlambat

Untuk Kita memeluk tiang agama

Kerna Itulah

kebenaran yang sebenar


Kerna

Akan Dia timpakan malapetaka

Akan Dia datangkan musibah

Satu

Persatu

Agar setiap insan

Sentiasa Insaf

Melaksanakan apa yang telah diperintah

Menjauhkan diri daripada laranganNya


Wahai Insan

Kadangkala Pelbagai Ujian persediaan

tidak boleh melawani

Suratan Takdir Tuhan

Saturday, January 8, 2011

Persiapan

Pabila tanggungjawab di bahumu

Bangkitlah dari tempat dudukmu


Patuh nalurimu

Dengar hatimu bicara


Ke Arah Kebenaran


Lengkapkan dirimu

Bukan saja dengan perisai


Keluarlah dari kongkongan Kurikulum

Berikanlah segala-galanya yang ada


Kerna Engkaulah Penentuan Impian Pelajar

Friday, September 24, 2010

Pemimpinku Wiraku






Engkau seperti

Hembusan angin

Yang Membawa

Ketenangan Kepada Rakyat

Tanpa Mengira bangsa, keturunan dan agama

Perjuangan Yang Dicapai

Demi Negaranya

Demi Bangsanya

Tiada bandingannya

Sambil mengharungi

Kutukan

Hinaan

Cacian

Ketabahanmu tetap teguh

Pahit getir yang kau lalui

Demi membebaskan bangsamu

Dari cengkaman kuku besi

Akhirnya tercapai jua

Kerana engkaulah

Nelson Mandela

Pemimpinku Wiraku






Engkau seperti

Hembusan angin

Yang Membawa

Ketenangan Kepada Rakyat

Tanpa Mengira bangsa, keturunan dan agama

Perjuangan Yang Dicapai

Demi Negaranya

Demi Bangsanya

Tiada bandingannya

Sambil mengharungi

Kutukan

Hinaan

Cacian

Ketabahanmu tetap teguh

Pahit getir yang kau lalui

Demi membebaskan bangsamu

Dari cengkaman kuku besi

Akhirnya tercapai jua

Kerana engkaulah

Nelson Mandela

Monday, March 1, 2010

Video Sajak Ciptaan Tuhan

http://www.youtube.com/watch?v=-TTEAec_MJg

SAJAK: CIPTAAN TUHAN


Ciptaan Tuhan


Sedarlah Wahai Insan
Kehadiran Gempa Bumi, Ribut, Tsunami
Bukanlah Kerna Kejadian Alam
Bukanlah Kerna Ilmu Sains
Bukanlah Kerna Perubahan Iklim





Sedarlah Wahai Insan
Kehadiran Malapetaka Menunjukkan

Kewujudan-NYA
Kekuasaan-NYA
Keesaan-NYA





Sedarlah Wahai Insan
Kehadiran Malapetaka

Membawa Keinsafan
Hindari Diri Dari Kemaksiatan Dan Perzinaan
Kerna Ia Hanyalah Godaan Syaitan





Sedarlah Wahai Insan
Hidup Di Muka Bumi Ini Hanyalah Sementara

Gunakan Kebijaksanaan
Buatlah Pilihan
Syurga Ataupun Neraka?





Followers